All News

PROGRAM MALAM TRADISI MENGGAMIT

Image

29 Julai 2023: Persatuan Pengurusan Pembangunan (BDM) telah menganjurkan majlis makan malam iaitu Program Malam Tradisi Menggamit Memori bagi meraikan pelajar-pelajar semester akhir Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan (Kepujian) yang akan meninggalkan Kampus UUM Sintok bagi menjalani kursus praktikum pada semester hadapan. Program berkenaan telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Halimah Binti Abdul Manaf, Dekan Pusat Pengajian Kerajaan (SOG). Di dalam ucapan perasmian tersebut, Dekan SOG menegaskan kepentingan para pelajar yang akan menjalani latihan praktikum di organisasi luar agar terus memberi prestasi yang terbaik dan menambahkan kecekapan dan kemahiran diri dalam pelbagai aspek untuk meningkat daya saing dan kebolehpasaran graduan UUM di dalam industri dan pasaran kerja. Program majlis makan malam berkenaan turut dihadiri dan dimeriahkan dengan kehadiran pensyarah-pensyarah Program BDM. Sekian.