UUM ONLINE: Pada 1-6 Ogos 2023, UUM-Research Institute for Indonesia, Thailand & Singapore (UUM-ITS) telah melaksanakan kunjungan kerjasama di Yogyakarta, Bandung dan Jakarta, Indonesia. Pengarah UUM-ITS, Dr. Nor Suzylah Sohaimi melihat jalinan kerjasama strategik antara pelbagai universiti dan institut merupakan satu usaha untuk mempelbagaikan dan mengembangkan penyelidikan di rantau Asia Tenggara yang menjadi teras kepada UUM-ITS, disamping meningkatkan kualiti dan kuantiti penyelidikan UUM amnya.
Program ini akan membantu UUM-ITS untuk memenuhi beberapa key perfomance indicator (KPI) terutama dalam bidang penyelidikan dan penerbitan. Disamping itu, ia akan menyumbang dan meningkatkan nilai kecemerlangan bagi Malaysia Research Assessment (MyRA). Kunjungan ini diketuai oleh Timbalan Dekan, Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG), Prof. Madya Dr. Mohd Na’eim Ajis dan dan Felo Penyelidik UUM-ITS, Dr. Rosfaraliza Azura Ramli.
Di Yogyakarta, UUM-ITS telah mengadakan perbincangan bersama Universitas Pembangunan Nasional Veteran Yogyakarta dan Universitas Gadjah Mada, di mana UUM-ITS ingin meneruskan kerjasama dengan rakan MOU di Universitas Gadjah Mada. Manakala di Bandung, perbincangan dan gerak kerja bersama tujuh universitas dan institut dilakukan serentak di Politeknik STIA LAN. Seterusnya di Jakarta, UUM-ITS telah bekesempatan bertemu penyelidik-penyelidik dari Badan Riset dan Inovasi Nasional (BRIN). UUM-ITS menggunakan peluang ini untuk menyusun strategi dalam mengandingkan penyelidik-penyelidik dari kedua-dua negara ini mengikut bidang penyelidikan.