All News

STAF SoG KOMITED BERSIHKAN PEJABAT MELALUI OPS HABUK

Image

SoG ONLINE : Bimbang penularan wabak penyakit, Jawatankuasa 5S Pusat Pengajian Kerajaan (SoG) komited membersihkan ruang pejabat am, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa 5S SoG, Muhammad Fadzil berkata Program Bersihkan Pejabat dengan konsep ‘’Ops Habuk’’ disertai oleh 11 staf dan seorang staf pencucian.

Katanya, mereka mengambil inisiatif untuk memastikan kebersihan di ruang pejabat terjaga.

“Habuk dan debu yang berkumpul atas lantai, karpet, perabot, perkakasan komputer dan sebagainya berpotensi membahayakan kesihatan seperti mata sering berair dan gatal, batuk dan kerongkong sering gatal, hdung berair (bersin) dan boleh menyebabkan asthma”

“Justeru, kita mengambil langkah awal sebelum penyakit itu merebak, selain untuk mewujudkan suasana bersih di terutamanya sekitar kaunter pertanyaan kerana pejabat ini sering dikunjungi oleh orang luar,” ujarnya

Beliau berkata, Ops Habuk itu turut memberi kesedaran kepada staf untuk menjaga kebersihan di meja kerja masing-masing bagi mewujudkan kawasan persekitaran yang indah, kemas dan teratur.

Pada masa yang sama, turut di adakan sesi perkongsian ilmu bersama Timbalan Pengarah, Pusat Budaya dan Seni, Asmawiza Hj Hussin ekoran teguran Audit Amalan Persekiran Berkualiti (5S) pada tahun 2022 yang perlu dibuat penambahbaikan.

“Segala teguran audit itu staf perlu cakna dan mengambil berat agar tanggungjawab membudayakan amalan 5S di pejabat ini perlu dipikul bersama-sama, dan budaya mementingkan diri sendiri perlu dielakkan bagi memastikan perancangan dalam menjaga kebersihan yang telah direncanakan akan menjadi kenyataan.”, katanya

Beliau menyatakan hasrat bersedia untuk bekerjasama dengan SoG bagi  membantu dan mencungkil sikap produktiviti dan kreativiti staf SoG untuk terus berusaha mengekalkan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S serta melahirkan rasa cinta terhadap kebersihan di tempat kerja.

 

Oleh : Salina Abdullah

Gambar Oleh : Mohd Mahadi Mohd Razani