All News

PROGRAM ‘JOM CAKNA BUKU’ GALAKAN BUDAYA MEMBACA

Image

SoG ONLINE : Seramai 10 ahli Jawatankuasa 5S Pusat Pengajian Kerajaan (SoG) telah mengikuti program ‘Jom Cakna Buku’ di SoG, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa 5S SoG, Mohammad Fadzil Hj. Din berkata, program yang diadakan itu bertujuan untuk menyelamatkan dan menyimpan buku lama atau rosak ke tempat yang sesuai dan mudah di capai.

“Buku-buku yang disumbangkan oleh penyumbang persendirian ini diharapkan boleh menjadi rujukan dan menggalakkan budaya membaca di kalangan staf dan pelajar”, katanya.

Sebelum ini, buku-buku yang disumbangkan ditempatkan di Bilik Kualiti bersebelahan pejabat Institute Of Local Government Studies (ILGS) telah dipindahkan ke Bilik Sumber SoG paras 3, Bangunan COLGIS.

Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa 5S SoG, Nurul Anisafifa Azemi mengharapkan program ini dapat membantu dan menggalakkan kempen menderma buku dalam kalangan warga SoG seterusnya menarik minat membaca dan memupuk kecintaan kepada ilmu.

“Saya yakin program seperti ini dapat diteruskan bagi membangkitkan kesedaran dan semangat melalui budaya membaca”, ujarnya.

 

Oleh : Salina Abdullah

Gambar Oleh : Mohd Mahadi Mohd Razani