All News

TRANSFORMASI PEJABAT KE ARAH PERSEKITARAN YANG CERIA DAN KONDUSIF

Image

SOG ONLINE : Transformasi sudut dan ruang pejabat pada peringkat pusat pengajian kerajaan perlu bermula daripada staf yang menjadi penggerak kepada perubahan persekitaran supaya lebih kondusif dan selesa pada masa ini.

Dekan Pusat Pengajian Kerajaan (SoG), Prof. Madya Dr. Halimah Abdul Maaf,  berkata transformasi itu termasuklah menterjemahkan komitmen Jawatankuasa 5S untuk mewujudkan pusat pengajian berkonsepkan dan imej korporat serta pentadbiran kerajaan.

Beliau berkata, staf tidak seharusnya hanya memfokuskan sudut di meja kerja sahaja untuk kelihatan cantik dan kemas sehinga terlupa akan ruangan di laluan tangga menyebabkan persekitaran yang tidak ceria dan suram.

“Perubahan persekitaran sudut tangga adalah menjadi keutamaan di sesebuah organisasi, justeru kita perlu memperbaiki persekitaran fizikal sudut tangga pejabat agar lebih ceria, kondusif  dan selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pertemuan ringkas di pejabatnya, baru-baru ini.

Pada pertemuan tersebut, beliau menyuntik semangat kepada jawatankuasa untuk menjadikan amalan EKSA ini sebagai satu budaya di SoG dalam mewujudkan persekitaran tempat kerja kondusif dan selamat kepada semua staf dan pelajar.

Program Transformasi Pejabat dilaksanakan untuk menjadikan ruang menunggu dan sudut R&R sebagai tempat yang ramah, mesra, dan mencerminkan identiti Pusat Pengajian Kerajaan.  

Satu altenatif untuk sayangi pejabat dan lestarikan sudut agar kelihatan cantik dan lebih ceria, antaranya memasang rumput karpet, wallpaper, susun atur sofa dan deko bunga hiasan bagi melengkapkan dan meningkatkan suasana pejabat dan ruang tangga tersebut.

Secara keseluruhan, aktiviti gotong royong ini berjalan dengan lancar selain mengeratkan silaturrahim dan memupuk semangat kerjasama di kalangan ahli jawatankuasa.

 

Oleh : Salina Abdullah

Gambar Oleh : Mohd. Mahadi Mohd Razani