All News

REWANG BUBUR LAMBUK ERATKAN UKHUWAH, PERKASA PENYERTAAN SOSIAL

Image
Image

Oleh : Salina Abdullah

Gambar Oleh : Noor Faizzah Dollah

REWANG BUBUR LAMBUK ERATKAN UKHUWAH, PERKASA PENYERTAAN SOSIAL

SOG ONLINE – Sempena kehangatan bulan Ramadan, Pusat Pengajian Kerajaan (SoG) menyertai Program Rewang Bubur Lambuk bertempat di Dapur Memasak, Pusat Islam, pagi ini.

Dekan, Prof. Madya Sr. Dr. Mohamad Sukeri Khalid yang hadir menjayakan program tersebut menyatakan, adalah tidak lengkap bulan Ramadan tanpa Bubur Lambuk.

“Seperti sedia maklum, bubur lambuk adalah menu tempatan yang amat sinonim dengan bulan Ramadan bagi umat Islam di seluruh Malaysia. Tidak lengkap rasanya kedatangan bulan Ramadan sekiranya Program Memasak Bubur Lambuk ini tidak dijalankan.

Justeru itu, bagi melengkapkan bulan Ramadhan pada tahun ini, Pusat Pengajian Kerajaan (SoG)

“Objektif Program Rewang Bubur Lambuk ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada staf proses memasak bubur lambuk, mengeratkan ukhuwah antara sesama staf dan komuniti setempat serta memperkasa penyertaan sosial staf dalam program yang memanfaatkan pembangunan diri mereka,” ujar Prof. Madya Sr. Dr. Mohamad Sukeri Khalid ketika berucap pada pagi ini di sini.

Pada program tersebut, sebanyak 200 bekas bubur lambuk berjaya dibungkus sebelum diedarkan kepada staf akademik dan pentadbiran.