All News

USAHA SAMA ANTARABANGSA MENUJU KELESTARIAN KOMUNITI SEMARAKKAN SULAM A232 UUM

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image

UUM ONLINE: Yan – Universiti Utara Malaysia (UUM) terus maju mengorak langkah unggul di persada antarabangsa melalui projek mega yang dilaksanakan di Masjid Jame’ Badlishah, Pekan Yan dan juga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yan, baru-baru ini.

Dekan Pusat Pengajian Kerajaan (SOG), Prof. Madya. Sr. Dr. Mohamad Sukeri Khalid berkata, bertemakan “Membina Kesejahteraan Rakyat (MEKAR) Bersama Service-Learning Malaysia University For Society (SULAM): Menyulam Kesejahteraan Bersama”, program ini melibatkan 3 projek utama dibawah tiga pensyarah SULAM bagi semester A232.

Menurutnya, penganjuran SULAM ini juga dibuat di SMK Yan bersama-sama dengan pelajar-pelajar Tingkatan Empat bagi projek berkaitan aktiviti kitar semula, pengasingan sisa pepejal dan demonstrasi kompos.

Katanya, penganjuran SULAM ini telah menghasilkan beberapa output yang telah menarik minat guru-guru SMK Yan di mana output tersebut akan dipamerkan di ruang galeri STEM di sekolah.

“Selain itu, projek SULAM ini juga akan mencetuskan satu kolaborasi antara sekolah dan SOG bagi pertandingan STEM peringkat daerah dan kebangsaan, malah pihak sekolah sangat teruja dengan tawaran oleh dekan kepada pelajar pra universiti untuk bertandang ke kampus bagi tujuan motivasi, taklimat untuk menyambung pengajian di universiti serta lawatan sambil belajar. SMK Yan merupakan rakan strategik SOG.

“Diharapkan aktiviti SULAM ini akan terus mekar menyulam kejayaan bersama-sama dengan komuniti,” katanya.

Sebanyak 3 projek utama di bawah pensyarah UUM iaitu Projek Jambatan Kerjasama: Ekhibisi Agensi Dan NGO Menuju Kelestarian Komuniti dibawah Dr. Zuliana Azwa, Projek Pemindahan Ilmu Yang Dinamik: Kitar Semula, Pengasingan Sisa Pepejal Dan Demonstrasi Kompos oleh Dr. Wahida Ayob dan Mendepani Masa Depan Lestari: Kitar Semula, Pengasingan Sisa Pepejal Dan Demonstrasi Kompos oleh Prof. Madya. Dr. Hamidi.

Keseluruhan seramai 83 pelajar terlibat dalam program dibawah subjek GMGA1013 Asas Pentadbiran Awam (APA) dan GMJT 3113: Pentadbiran Alam Sekitar.

Pengarah Projek Jambatan Ekhibisi, Mohd Dzul Jallal Musa berkata, segala keperluan bagi projek Jambatan Kerjasama adalah melalui kolaborasi teguh dari Majlis Daerah Yan di bawah Maznim Ismail selaku Pegawai Daerah Yan dan juga tulang belakang projek iaitu Pengerusi Masjid Jame’ Badlishah Pekan Yan, Ismail Mohamad Sain dan Ahmad Fisal Md Thahir.

Lebih dari 15 agensi hadir sebagai pempamer termasuk seeprti Majlis Daerah Yan, Pejabat Polis Daerah Yan, Pejabat Agama Daerah Yan, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Pejabat Pertanian Daerah Yan, Pejabat RISDA Daerah Kuala Muda/ Yan serta Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Yan.

Turut hadir adalah Dato’ Rosli Sharif dan Datin Siti Aldila yang bersemangat mempromosi “Circular Economy” – Towards Zero Waste Community Activities dan “Trading of Back2Nature and Eco Food Chain Circular Economy Products” di bawah Eco Green Global Sdn Bhd. Reruai pameran Eco Green mendapat perhatian komuniti apabila turut diadakan demonstrasi pembuatan sabun menggunakan bahan-bahan sisa makanan.

Paling mengujakan, penglibatan NGO berkonsepkan masyarakat Indonesia dari Pertubuhan Masyarakat Indonesia Pulau Pinang (PERMAI) di bawah Khozaeni Rahmad dan Ikatan Masyarakat Acheh Malaysia (IMAM) di bawah Mohd Haqimi Abu Bakar menambat hati pengunjung. Agensi pertubuhan Indonesia ini mempamerkan sejarah dan khidmat yang diberi yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar khususnya dari Indonesia.

Tarikan kepada pameran juga adalah dari Bas Mekar UUM dan juga lori pameran oleh pihak KEDA. Bas Mekar membawa promosi program dibawah Pusat Pengajian Kerajaan mampu menarik pengunjung khususnya dari agensi kerajaan untuk menyambung pengajian di UUM.

Selain dari penyediaan bahan pameran yang kreatif, pihak KEDA juga menambat hati pengunjung dengan memberi aiskrim percuma kepada mereka yang melawat reruai pameran. SC ONE ONE JUICE SDN BHD di bawah alumni UUM juga membuat promosi produk mereka, di samping mengagihkan 200 jus percuma.