All News

EKSA SoG : MENTRANSFORMASIKAN SURAU WANITA DI SoG

Image
Image

UUM ONLINE: Aktiviti mengecat dan mentransformasikan surau wanita serta sudut ruang pejabat Pusat Pengajian Kerajaan (SoG) dan persekitarannya menjadi satu alternatif dan fokus utama jawatankuasa EKSA SoG supaya ianya lebih indah dan selesa sempena Program Pemantapan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), baru-baru ini.

Program yang menterjemahkan komitmen Jawatankuasa EKSA SoG adalah untuk mewujudkan pusat pengajian berkonsepkan korporat dan pentadbiran kerajaan serta kelihatan cantik, bersih dan selamat.

Pengerusi Jawatankuasa EKSA, Zairi Afandi Ishak telah berkongsi maklumat berkaitan Panduan dan Pengenalan EKSA & EKSA Kendiri kepada ahli jawatankuasa sebelum memulakan aktiviti tersebut.

Beliau menerangkan bahawa tujuan EKSA adalah untuk meningkatkan budaya kecemerlangan, organisasi yang lebih berimej korporat, melahirkan idea dan aktiviti kreativiti serta inovasi.

Menurutnya, EKSA merupakan penjenamaan semula bagi Pelaksanaan Amalan 5S Sektor Awam (2010) dan komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan 5S yang ditambah baik di samping penambahan beberapa elemen baharu.

Aktiviti mengecat surau perempuan mengambil masa sehari disiapkan oleh 10 ahli jawatankuasa EKSA sebelum diguna semula oleh staf.

Zairi Afandi berkata, Program Pemantapan EKSA itu juga turut melibatkan aktiviti menyusun atur dan dekorasi ruang pejabat agar lebih tersusun dan ceria.

Selain itu, aktiviti yang dijalankan diharapkan dapat memberikan keselesaan dan kemudahan serta berkeupayaan mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.