Oleh : Salina Abdullah
Gambar oleh : Mohd Mahadi Mohd Razani
SOG ONLINE : Jawatankuasa Kebajikan, Keceriaan, Sukan dan Rekreasi, Pusat Pengajian Kerajaan telah menganjurkan SoG Archery Merdeka Fest bertempat di Lapang Sasar Memanah Pusat Sukan UUM, baru-baru ini.
Seramai 30 pemanah yang mewakili 5 kumpulan dari kalangan staf akademik dan pentadbiran telah menyertai kejohanan ini.
Objektif kejohanan ini adalah untuk menerapkan nilai semangat bersaing secara sihat, bekeyakinan dan fokus terhadapa apa jua yang dilakukan serta mengeratkan silaturrahim di kalangan staf.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Keceriaan, Sukan dan Rekreasi , Dr. Zuriana Zahrin, fasili lengkap, keadaan lapang sasar dan kerjasama pihak Pusat Sukan dan Pusat Ko Kurikulum boleh diteruskan dalam masa akan dating.
“Kalau boleh, saya mahu semua pemanah beraksi di Kejohanan Sukan Staf UUM dan itu adalah matlamat kejohanan ini dilakukan,’’katanya.
Dalam acara berlangsung di Lapang Sasar Memanah, Pusat Sukan UUM, menyaksikan kumpulan 2 dibarisi Yusof Pon,Dr. Faizal Md. Hanafiah, Dr. Siti Noor Shamilah Misnan, Noor Faizzah Dollah, Dr. Khofizhoah Mohd Karim dan Salina Abdullah dinobatkan juara yang merangkul pingat emas.
Pingat perak milik kumpulan 3 dinobatkan sebagai Naib Juara diketuai Mohd Mahadi Mohd Razani, Dzulhilmi Ahmad Fawzi, Sr. Dr. Farahiyah Fadzil, , Dr. Zuriana Zahrin, Dr. Rosfaraliza Azura Ramli dan Afiza Hadida Ishak.
Pingat gangsa pula milik kumpulan 4 dan merangkul tempat ketiga diwakili Prof. Madya Dr. Zainal Md Zan selaku ketua kumpulan, Mohd Rizal Safar, Dr. Nur Aili Hanim Hanafiah, Dr. Rusydina Khadzali, Dr. Noranida Mokthsim dan Farah Yurisma Othman.
Manakala kumpulan 5 mendapat tempat keempat dan kumpulan 1 mendapat tempat kelima yang kedua-duanya memperolehi saguhati.
Dr. Zuriana Zahrin berkata, komitmen dari semua pemanah amatlah dihargai dan ternyata berbaloi apabila mereka membawa pulang medal masing-masing.
Lebih menarik, teknik yang ditunjukkan oleh Mohd Rafaie Bin Md Tahir, Pembantu Operasi, Perpustakaan Sultanah Bahiyah sangat perlu dipraktikkan oleh pemanah bagi memastikan kaedah memanah dapat dipraktikkan secara konsisten.
Penganjuran kejohanan memanah seumpama ini, adalah sebahagian daripada program jawatankuasa sekali gus telah mencapai sasaran dalam memastikan kehidupan sihat dan menggalakkan kesejahteraan kepada semua dalam semua lapisan umur dan menyediakan pendidikan berkualiti kepada komuniti.