Kelestarian Kehidupan-Aktiviti CSR Pusat Pengajian Kerajaan Fasa 1
SOG ONLINE: Salah satu pendekatan Sustainable Development Goals (SDG) ialah menangani kemiskinan. Bagi membantu meringankan masalah ini dalam fasa pandemik Covid 19 Jawatankuasa Kelab Kebajikan, Keceriaan, Sukan dan Rekreasi telah menghulurkan bantuan berbentuk kewangan dan barangan kepada 3 buah keluarga asnaf di sekitar Kg Baru Changlon. Langkah ini dilakukan bagi menyokong kesan sosioekonomi yang tidak menentu ketika ini.
Keluarga pertama
Seorang ibu tunggal yang kematian suami mempunyai 8 orang anak. Mengambil upah menjahit, pendapatan tidak menentu , kadang2 ada kadang2 tidak ada. 2 orang anaknya bekerja sebagai rider food panda bagi membantu menambah pendapatan. Rumah yang diduduki adalah bantuan dari Pejabat Zakat Negeri Kedah.
Keluarga kedua
Suami isteri golongan asnaf dan B40. Mempunyai 4 orang anak yang masih bersekolah. Anak ketiga adalah anak OKU yang tidak boleh mengurus diri sendiri. Suami bekerja sebagai pemotong rumput. Isteri pula bekerja sebagai cleaner. Keluarga ini adalah penerima bantuan JKM sebanyak rm 300 sebulan
Keluarga ketiga
Suami isteri mempunyai 5 orang anak. 4 daripadanya masih bersekolah. Tidak mempunyai rumah sendiri, tinggal di rumah sewa RM 400 sebulan. Asalnya duduk menyewa di rumah sewa lama RM 180 sebulan tetapi hujung 2019, tuan rumah minta mereka sekeluarga berpindah kerana sewa terlalu rendah. Mereka berniaga kecil kecilan di pasar malam, membuat kuih dan berniaga nasi lemak pada waktu pagi